KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

KEMAHIRAN PEROLEHAN 
DAN 
PENGURUSAN MAKLUMAT



 1.0  PENCARIAN MAKLUMAT 

Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat?

  • Satu struktur data, bahan dan pengetahuan yang mempunyai makna.
  • Pengetahuan mengenai subjek, isu, peristiwa atau proses tertentu.

 1.1 CIRI-CIRI MAKLUMAT YANG BAIK
  1. Relevan
  2. Boleh dipercayai
  3. Boleh difahami
  4. Lengkap
  5. Mengurangkan ketidakpastian

 1.2  DEFINISI PENCARIAN MAKLUMAT 

Aktiviti yang dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapatkan maklumat.


 1.3 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT 

 Antara sumber yang boleh digunakan untuk mencari maklumat ialah : 

  • Sumber manusia : guru, pakar bidang, orang awam, ahli politik
  • Media elektronik : radio, televisyen, video
  • Media bercetak : (bahan bertulis) majalah, jurnal, buku, artikel
  • Media tiga dimensi : model, boneka, diorama, terrarium, akuarium
  • Sumber persekitaran : bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan



 

Rajah 1 : Contoh-contoh bahan bercetak.

 




Rajah 2 : Contoh-contoh media elektronik



 2.0 PENGURUSAN MAKLUMAT  

Maklumat ialah pengetahuan yang diperolehi melalui proses mengetahui dan proses mengumpul maklumat. 


 2.1 CIRI-CIRI MAKLUMAT YANG BAIK :

  1. Tepat
  2. Cepat
  3. Lengkap
  4. Ringkas
  5. Berkaitan
  6. Refleksi 


 2.2 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT 

(a) Proses mengenal pasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan sesuatu maklumat. 

(b Ilmu berkenaan kemahiran untuk menerima, mengesan, mengenalpasti, mendapat semula, menilai, menyusun dan menggunakannya pada masa yang perlu dan mengambil manfaat untuk diri dan orang lain

(c) Lau (2006) menetapkan tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat :

  • AKSES : Kebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan. 
  • PENILAIAN : Menilai maklumat dengan cekap dan secara kritis.
  • PENGGUNAAN : Mampu mengaplikasikan maklumat dengan tepat dan kreatif. 

 2.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN



 








Antara media yang boleh diperolehi dan digunakan di perpustakaan ialah : 

(a) Kad katalog : Katalog digunakan untuk memudahkan pencarian buku.

(b) Bentuk-bentuk katalog : 
  • Buku katalog
  • Kad katalog
  • Mikroform katalog

(c) Bahan yang boleh diperolehi di perpustakaan : 
  • Kamus
  • Kamus khas
  • Direktori
  • Buku tahunan
  • Buku rujukan
  • Indeks surat khabar
  • Abstrak
  • Indeks dan bibliografi Nasional Malaysia / PNM
  • Pengelasan bibliografi

 2.4 PELAYARAN INTERNET 

  • Internet ialah singkatan daripada perkataan Inggeris international network, iaitu “jaringan informasi global” atau dalam bahasa Inggeris disebut the largest global network of computers, that enables people throughout the world to connect with each other. Internet dicetuskan daripada idea perekanya J.C.R. Licklider dari Massachusetts Institute Technology (MIT) pada bulan Ogos 1962.

  • Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia. 

Contoh enjin pencarian yang dapat digunakan untuk mencari maklumat dari Internet:

1.    Infoseek : (http://www.go.com)

2.    Alta Vista : (http://www.altavista.com)

3.    Yahoo : (http://www.yahoo.com)

4.    Google : (http://www.google.com)


2.5 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER

PRIMER : Bahan yang belum diolah atau dicetak, dalam keadaan yang asal

SEKUNDER : Bahan, dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan menulis maklumat yang telahdicatat di tempat lain. Juga bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.

Comments